Sejak kecil
Dia diberitahu
Untuk tidak menangis
Lelaki tidak sepatutnya
menunjukkan perasaan
Sejak kecil
Dia diberitahu
Untuk bersikap sopan
Lelaki seharusnya bersifat
lemah-lembut
Sejak kecil
Dia diberitahu
Untuk menghormati kaum wanita
Lelaki sepatutnya melindungi
mereka
Setiap hari
Dia diberitahu
Untuk mengawal emosi
Jangan sesekali mengangkat tangan
dan kaki
Tetapi setelah dia dewasa
Dia tertekan
Kerana tidak dapat meluahkan
emosi yang dirasai
Dia digelar lembik
Apabila dia bercakap dengan
lembut
Dia diejek pondan
Hanya kerana perwatakannya yang
lembut
Apa yang dia lihat
Kaum lelaki dengan mudah
Bertukar pasangan
Seolah-olah mereka hanya baju
yang boleh ditukar ganti
Apa yang dia lihat
Kaum lelaki dengan mudah
Mengangkat tangan dan kaki apabila
marah
Bukannya menggunakan akal fikiran
Apa yang dia lihat
Kaum lelaki dengan mudah
Berkomunikasi dengan penumbuk dan
sepakan
Bukannya dengan kata-kata
“Lelaki” boleh dikatakan sebagai sambungan atau pasangan
kepada “Wanita”. Jika wanita berdepan dengan misogyny, lelaki pula berlawan dengan toxic masculinity. Itu apa yang saya lihat berlaku bukan sahaja di
Malaysia tetapi di seluruh dunia. Untuk “Lelaki”, saya mendapat ilham dari
iklan Gilette yang menyebabkan kontroversi yang agak besar dan mengundang
kemarahan ramai. Saya akan tinggalkan link iklan tersebut pada perkataan Gilette ini dan membiarkan
kalian memberi pendapat. Wajarkah iklan ini mendapat tentangan yang diterima?
Comments
Post a Comment