Apa itu feminism? Kenapa ia dipanggil feminism jika feminism
memperjuangkan hak sama rata?
Perkataan feminism dicipta oleh Charles Fourier pada tahun
1837. Charles Fourier ialah seorang ahli falsafah yang menyokong pembebasan
wanita kerana dia percaya masyarakat menganggap wanita sebagai hamba. Ketika
itu, wanita tidak dibenarkan mengundi, memiliki apa-apa, atau bekerja. Wanita
berada di bawah perintah bapa atau ketua keluarga sehinggalah mereka berkahwin
dan di bawah perintah suami pula. Jika seorang wanita tidak berada di bawah
naungan rumah yang diketuai oleh lelaki, dia akan dipandang hina dan dijauhi.
Wanita itu juga mempunyai cara yang sedikit untuk mendapatkan wang dan
kebanyakannya kaedah tersebut tidak berapa baik.
Tujuan pergerakan feminist bukannya untuk mengatakan
golongan wanita lebih baik dari lelaki. Ia bertujuan untuk mengatakn golongan
wanita dan benda yang berkait dengan wanita sentiasa berada di tempat yang
rendah di mata masyarakat. Ia bertujuan untuk menaikkan perkara-perkara
tersebut di taraf yang sama. Fokusnya pada feminine kerana benda yang feminine
sering ditolak. Feminism bukan hanya fokus kepada wanita. Lelaki diejek dan
dianggap “tidak cukup lelaki” apabila mereka menunjukkan sifat yang dikaitkan
dengan femininity. Feminism bertujuan untuk membangkitkan perkara yang berkait
dengan wanita untuk mempunyai tempat yang sama dalam masyarakat sebagaimana
perkara yang berkait dengan lelaki. Ia dipanngil feminism, bukannya equalism
kerana fokus pergerakan tersebut adalah untuk menaikkan dan bukan untuk
merendahkan. Equalism akan memberi cadangan perkara yang berkait dengan lelaki
perlu diturunkan ke tahap yang rendah supaya perkara yang berkait dengan wanita
boleh bertemu di tengah-tengah. Itu bukan tujuannya. Tujuan pergerakan tersebut
adalah untuk menaikkan benda feminine supaya ia boleh berada di tahap yang sama
dengan masculine. Tujuan feminism bukannya untuk lelaki merendahkan diri tetapi
untuk memberi ruang kepada wanita. Terma feminism mungkin berat sebelah kepada
wanita tetapi ia tidak menggalakkan kebencian kepada lelaki.
Jika anda, seorang feminist berpendapat sebegini, “ saya
feminist, saya benci lelaki.” Tidak, anda bukannya feminist. Anda sebaliknya
adalah misandrist.
Jika anda berasa tidak selesa dengan feminism walaupun anda
sudah tahu tujuan pergerakan feminism atau pergerakan-pergerakan seperti Black
Lives Matter, Human Rights, Children’s Right, saya akan tinggalkan kata-kata
ini:
“Equality will always feel uncomfortable for those who once
benefited from inequality.’ – Michael S. Kimmel, The Gendered Society


Comments
Post a Comment