Oh ibu!
Masih aku ingat
Tatkala aku senyap
Menyepi diri
Engkau datang bertanya
Soal apa yang bermain di
fikiranku
Oh ibu!
Masih aku ingat
Tatkala aku muram
Tidak bermaya
Engkau datang bertanya
Masalah apa yang melanda
Oh ibu!
Masih aku ingat
Tatkala aku gelisah
Sering berulang-alik
Engkau datang bertanya
Apa yang membuatku gelisah
Oh ibu!
Masih aku ingat
Aku membiarkan soalan-soalan itu
tidak terjawab
Aku memilih untuk berdiam
Aku meyakinkan diri
Aku tidak apa-apa
Oh ibu!
Hanya Tuhan sahaja tahu
Betapa kosongnya aku rasa
Ketika itu
Aku cuba untuk mencari minat
Aku cuba untuk lakukan sesuatu
Tapi apa yang aku suka dan minat
Tidak lagi membawa erti
Naluri ibu sangat istimewa
Hati seorang ibu dapat merasakan
Tatkala anaknya berduka
Menyimpan rahsia
Engkau datang bertanya
Mendesak agar aku bercerita
Ketika itu hanya perasan malu
Dapat aku rasa
Masih aku ingat
Engkau terkejut tatkala aku
menerpa
Menangis dalam pelukanmu
Sambil memujukku
Oh ibu
Aku berterima kasih kepadamu
Kerana menarik aku
Dari kekosongan yang aku rasa
Terima kasih ibu
“Ibu” datang dari pengalaman saya sendiri. Ianya tidak sukar
untuk meneka apa yang berlaku berdasarkan sajak itu. Sehingga hari ini saya masih
bersyukur ada ibu yang amat mengambil berat dengan anaknya ini. Seorang rakan
baik saya menghadapi situasi yang sama tetapi dia tidak berapa nasib baik.
Apabila dia bercerita tentang masalahnya kepada ibunya, dia dipandang sepi.
Saya masih ingat betapa kecewanya dia dengan reaksi ibunya. Justeru, saya
menulis “Ibu” sebagai tanda terima kasih kepada ibu saya sendiri.
Comments
Post a Comment