Apabila anda dengar perkataan “mental health” atau dalam
Bahasa Melayu, “kesihatan mental”, apa yang berlegar di minda anda? Depression? Anxiety? Bipolar? Suicide?
Terma-terma ini sering kali dikaitkan dengan isu kesihatan mental.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan isu kesihatan mental
seperti kemurungan, anxiety, bipolar
disorder dan lain-lain bukannya perkara yang remeh atau perkara yang “hanya
berlaku di dalam fikiran sahaja”. Dengan kata yang lain, tidak betul-betul
terjadi. Ini kenyataan yang salah. Hanya kerana masalah mental tidak dapat
dilihat dengan mata kasar, tidak bermakna ianya tidak wujud. Kenyataan seperti,
“Anda bukannya sakit. Ini semua di mainan minda,” sama seperti memberitahu
orang yang mepunyai penyakit lelah, “Ianya tidak wujud, ini semua dalam
paru-paru anda,”. Penyakit mental adalah penyakit yang bukannya rekaan minda,
ianya betul-betul berlaku.
Saya rasa saya tidak salah apabila saya berkata isu
kesihatan mental dipandang rendah dan tidak diambil tahu di negara kita. Salah
faham dan kurang didikan tentang kesihatan mental menyebabkan berlakunya
stigma. Contohnya?
“Awak depressed
sebab tidak dekat dengan Allah.” “Awak depressed
sebab tidak rajin solat.” “Banyakkan baca Al-Quran, nanti hilanglah depression itu.”
Itu adalah contoh hujah-hujah yang sering dilontarkan kepada
pesakit. Pertama sekali, kenyataan-kenyataan sebegitu seolah-olah menyatakan
hanya mereka yang lemah agama sahaja mengalami masalah mental. Hakikatnya,
mereka yang kuat agama juga mengalami masalah mental. Kita boleh berdoa kepada
Allah tetapi hanya berdoa sahaja tidak membantu. Mereka yang bergelut dengan
penyakit mental perlu turut membantu diri sendiri. Anda tidak akan menyuruh
mereka yang bertarung dengan kanser untuk berserah kepada Tuhan semata-mata
bukan? Tentu sekali tidak.
“Orang-orang Palestine lagi susah. Masalah awak tidaklah
besar mana jika dibandingkan dengan mereka.”
Kenyataan seperti di atas tidak membantu. Apabila anda
memberitahu mereka yang mempunyai penyakit mental bahawa masalah mereka perkara
yang remeh, ianya seolah-olah anda mengatakan masalah mereka tidak relevan,
hanya kerana ianya masalah yang kecil. Hanya kerana anda, atau seseorang yang
anda kenali, mampu mengatasi masalah yang sama tidak bermakna semua boleh. Setiap
orang menghadapi masalah dengan pengalaman yang berbeza. Masing-masing
mempunyai cara yang berbeza untuk mengatasi masalah. Semua orang berbeza.
“Depression ini
gangguan syaitan.”
Kenyataan ini pernah disuarakan oleh sahabat saya kepada
saya. Saya faham, kita tidak boleh lihat penyakit mental, mungkin sebab itu ada
yang mengaitkan masalah mental dengan jin dan syaitan. Saya tidak setuju.
Masalah gangguan ghaib atau rohani perlukan penyelesaian yang lain. Masalah
mental ialah masalah yang datang dari dunia (tempat kerja, sekolah, keluarga),
bukannya alam ghaib. Masalah mental bukannya disebabkan oleh gangguan jin.
Mereka yang diganggu jin juga bukan lemah agamanya. Masalh mental dan masalah
rohani adalah berbeza.
Setakat ini sahaja saya mampu suarakan pendapat saya. Banyak
lagi stigma yang dihadapi oleh mereka yang berdepan dengan isu kesihatan
mental. Apa yang anda boleh lakukan ialah menjadi pendengar yang baik dan
memberi sokongan. Kalain tidak perlu memberi kata-kata yang boleh melemahkan
semngat mereka. Apa yang mereka sangat perlukan ialah sokongan dari mereka di
sekeliling.



Comments
Post a Comment