Setiap hari dia memberitahu
anaknya
Hari demi hari dia perlu bekerja
keras
Lebih dari setiap lelaki
Memang itu takdirnya
Tetapi hari demi hari
Dia melangkah ke tempat kerja
Dia bekerja teruk dan dibayar
rendah
Hanya kerana dia seorang wanita
Setiap hari dia memberitahu
anaknya
Dia perlu berani melontarkan
suara
Dia perlu berani berkata-kata
Dia berhak bersuara
Tetapi hari demi hari
Dia menyuarakan kata-kata
Hanya untuk dihiraukan
Hanya kerana dia seorang wanita
Setiap hari dia memberitahu anaknya
Dia lebih daripada rupa parasnya
Nilainya tidak terletak pada
kecantikan
Kerana ilmu yang ada lebih
bernilai
Tetapi hari demi hari
Dia dinilai pada fizikalnya
Ilmu yang dikandung tidak
dipandang
Hanya kerana dia seorang wanita
Setiap hari
Dia bekerja keras dan berlebihan
masa
Hanya untuk diberi balasan yang
sedikit
Setiap hari
Dia membalas tohmahan yang
dilontarkan ke arahnya
Hanya untuk dilabel sebagai
beremosi
Setiap hari
Dia menyuarakan akal fikirannya
Hanya untuk dicemuh sebagai tahu
semua
Setiap hari
Dia percaya dia lebih dari
sekadar rupa
Hanya untuk dibandingkan dengan
wanita-wanita yang lain
Namun setiap hari juga dia
percaya
Semua ini akan berubah
Dia percaya akan datang hari
Di mana wanita dilayan dengan
adil
Ianya tidak sukar untuk meneka dari
mana saya mendapat ilham untuk menulis “Wanita”. Sepanduk-sepanduk yang dibawa
ketika Women’s March Malaysia 2019 memberi saya ilham dan idea untuk apa yang
patutu saya tulis. Berita-berita tentang keganasan terhadap wanita yang muncul
di berita turut menyumbang idea. Saya juga mendapat inspirasi dari sebuah lagu
berjudul “Woman’s World” oleh kumpulan Little Mix.

Comments
Post a Comment