Kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif wajib diambil oleh
pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Universiti Putra
Malaysia.
Di dalam kursus ini, saya dan rakan sekelas diajar untuk
mendalami dunia penulisan. Kami belajar mengenali sajak, puisi, pantun dan
cerpen. Melalui kursus ini, kami dapat mengenal pasti elemen-elemen bentuk
–bentuk puisi dan membezakan mereka. Kami juga berpeluang untuk mencipta pantun
sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan untuk dinilai.
Pensyarah kami, Dr. Kamariah Binti Kamarudin menggalakkan
kami untuk membaca karya-karya sasterawan negara. Justeru, kami dapat mengenali
nama-nama sasterawan negara dan menghargai karya-karya mereka.
Beliau juga mengajar kami untuk berfikir secara kritikal
dengan memerhatikan persekitaran dan perubahan yang sedang berlaku kemudian
mencatitkan pemerhatian kami untuk digubah dalam bentuk penulisan kreatif.
Hasil didikan beliau, kami lebih peka terhadap isu-isu semasa dan berani
berkongsi pendapat.
Kami diberi tugasan
untuk mencipta lima buah sajak dan mengaran dua cerpen. Pada pendapat saya, ia
agak mencabar, lebih-lebih lagi, saya tidak mempunyai pengalaman menulis sebuah
cerita. Dr. Kamariah menetapkan tema kebudayaan sebagai asas cerpen kami. Saya
menghadapi kesukaran apabila menulis dua buah cerpen itu kerana saya sudah
biasa membaca cerita bertemakan misteri, fantasi dan romantik. Jadi apabila Dr.
Kamariah memberi tema kebudayaan kepada kami, saya terpaksa keluar dari zon
selesa dan memikirkan jalan cerita yang sesuai dengan tema kebudayaan.
Syukur dengan tunjuk ajar Dr. Kamariah serta Encik Zaen
Kasturi dan Dr. Halis Azhan, kami berjaya menyiapkan tugasan yang agak mencabar
itu. Kursus ini juga memaksa kami berfikir secara kreatif dan kitis. Pantun,
sajak, cerpen dan blog yang kami cipta sepanjang empat belas minggu ini ialah
hasil buah fikiran kami. Saya berharap pada masa hadapan, kursus ini dibuka
kepada pelajar dari fakulti-fakulti lain. Rugi jika mereka tidak diberikan
peluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka.
Comments
Post a Comment