Saya pernah menerima mesej ini daripada anoymous apabila saya berkongsi cerita lebih kurang sebulan yang
lalu. Mesej ini membuat saya berfikir, begitu dalam kah budaya toxic masculinity ini di dalam kalangan masyarakat? Sedikit amaran, gambar di bawah mempunyai perkataan yang tidak sopan.
Secara jujur dan pada pendapat saya, ya, budaya toxic masculinity wujud di kalangan masyarakat
kita. The Good Men Project mendifinisikan toxic
masculinity sebagai:
Merujuk kembali kepada mesej di atas, ia membuat saya
bertanya, salahkah jika lelaki takut kepada serangga? Saya juga teringat
ayat-ayat yang saya sering dengar di kaca televisyen dan di luar, “Lelaki mana
boleh menangis!”, “Kau lembik! Pukul macam perempuan!” dan “Kau suka warna
pink? Itu kan warna perempuan!”
Tidak. Tidak salah untuk lelaki menangis atau takut akan
apa-apa. Mereka manusia yang mempunyai perasaan. Jika anda takut kepada
serangga, tidak apa. It does not make you
any less of a man.
Tidak salah jika lelaki suka melakukan aktiviti yang
dianggap “feminine” atau “kerja
perempuan” seperti memasak atau menjahit. Begitu juga dengan wanita, tidak
salah jika anda suka bermain bola sepak atau minat kepada dunia automobil.
Ianya cuma minat dan hobi. Tidak sepatutnya ada batas terhadap apa yang anda
boleh lakukan.
Comments
Post a Comment